Nama : Alif Najmi Bin Razman

Umur : 16 tahun

Ahli : 2014


Latar Belakang

Alif Najmi merupakan ahli berdaftar PI Kg.Kuala Sungga sejak tahun 2014. Alif Najmi Bin Razman merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan sekolah serta tekun dalam pembelajaran sehingga beliau memperolehi keputusan cemerlang 9A 1B dalam Pentaksiran Tingakatan 3(PT3). Setelah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam PT3, kini beliau memasuki Maktab Tentera Diraja untuk memenuhi cita-citanya sejak dari kecil.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Perkembangan ICT yang semakin pesat mendorong pemuda semuda Alif Najmi untuk turut mengikuti perkembangan tersebut. Penglibatan Alif Najmi di PI Kg.Kuala Sungga bermula pada sejak November 2014 apabila mendapat risalah promosi pembukaan PI yang baru dibuka pada September 2014. Perkhidmatan,kelebihan, serta kelas-kelas komputer yang bakal dijalankan di PI1M telah menarik minatnya untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PI.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sejak Alif Najmi mendaftar sebagai ahli PI, beliau sering datang ke PI untuk membuat rujukan serta mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran. Beliau juga menghadiri kelas-kelas serta latihan yang dijalankan di PI seperti kelas Microsoft Office dan lain-lain lagi. Tidak malu untuk bertanya dan sentiasa mendapatkan bantuan pihak PI apabila menghadapi kemusykilan dalam menyiapkan tugasan. Kini, beliau mampu untuk menyiapkan kebanyakkan tugasan sekolah dengan usaha sendiri dan masih menyertai kelas-kelas ICT semasa cuti untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan ICT beliau.

USAHAWAN KECIL : PERTANIAN CILI DAN CENDAWAN TIRAM KELABU

 Nama : Muhammad Taqiuddin Bin Abdul Rahim

Umur   : 24 tahun

Ahli      : 2016

 

Latar Belakang

Muhammad Taqiudddin bin A. Rahim merupakan pemegang Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi daripada Universiti Teknologi Mara kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Selepas menamatkan pelajaran dalam tahun 2014, beliau telah bekerja sebagai Estate Field Assistant di UEM Sunrise Nusajaya, Johor. Minat untuk menjadi usahawan serta ilmu pertanian yang sedia ada telah mendorong Muhammad Taqiuddin untuk memulakan perusahaan penanaman cili dan cendawan tiram kelabu yang bermula pertengahan tahun 2016 dan menetap terus di Kampung Kuala Sungga

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Teknologi yang semakin membangun pada masa kini, telah menggalakkan penggunaan media sosial di kalangan penduduk tidak kira bandar atau luar bandar. Sebagai seorang anak muda yang telah terdedah dengan pembangunan teknologi ICT ini semenjak menjejakkan kaki ke menara gading, Muhammad Taqiuddin bijak menggunakan teknologi ini untuk pembangunan diri.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kewujudan PI sedikit sebanyak membantu Muhammad Taqiuddin dalam urusan pembangunan serta pengendalian projek penanaman cili dan cendawan tiram kelabu beliau. Perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada serta waktu urusan PI yang sentiasa beroperasi 7 kali seminggu memudahkan beliau untuk mengendalikan dokumen-dokumen serta pemasaran produk beliau

Gambar

             

                                      Tapak tanaman/semaian cili serta cendawan tiram kelabu

                

                             Hasil tanaman cili serta cendawan tiram kelabu yang dihasilkan

 

 

USAHAWAN KECIL :  MAKANAN NASI BAJET

 Nama : Nuraishah Binti Mokhtar

Umur   : 39 tahun

Ahli      : 2017

 

Latar Belakang

Puan Nuraishah Mokhtar merupakan seorang surirumah yang berasal daripada Tampin, Negeri Sembilan. Beliau menetap di Kuala Sungga setelah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seramai 5 cahayamata. Sebagai seorang surirumah, masa yang ada serta kemahiran memasak yang sedia ada digunakan sebaik-baiknya dengan mencuba pelbagai masakan. Suami beliau yang merupakan pembekal telur ke beberapa tempat seperti kantin-kantin sekolah telah memberi peluang kepada Puan Nuraishah memulakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Makanan ringan seperti kacang-kacang dan kerepek-kerepek yang dibungkus menjadi permulaan perniagaan sehinggalah beliau berani memulakan penjualan nasi bajet. Antara menu yang disediakan adalah nasi ayam dan nasi beriani dengan permulaan di bawah nama M Enterprise.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Permulaan penjualan nasi bajet yang dilakukan dari rumah ini hanya bermula untuk permintaan jiran tetangga sahaja. Beliau yang menetap di kawasan perumahan taman memberi kemudahan pemasaran awal kepada umum mengenai kewujudan perkhidmatan penjualan nasi bajet beliau.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam perniagaan mampu membantu sesebuah perniagaan berkembang. Bagi Puan Nuraishah kewujudan teknologi ICT sedikit sebanyak membantu memperkenalkan perkhidmatan nasi bajetnya luar daripada kawasan taman perumahannya. Dengan promosi melalui Facebook, perkhidmatan nasi bajet beliau semakin mendapat sambutan dan masyarakat yang gemar akan nasi beriani mampu untuk dinikmati pada bila-bila masa dengan harga yang murah.

 

Gambar

     

                            salah satu perkhidmatan nasi bajet Pn Nuraishah iaitu nasi beriani

 

 

Nama : Pn Jamilah Bt Rahmat Ali

Umur : 47 tahun

Jantina : Perempuan

Taraf Pendidikan : Sekolah Menengah

Pekerjaan : Suri rumah

Pn Jamilah merupakan seorang surirumah yang membantu membersihkan kawasan balairaya Kampung Kuala Sungga dimana terletaknya Pusat Internet. Beliau mempunyai pendapatan sampingan menjual minyak wangi yang dikenali sebagai Minyak Kasturi secara kecil-kecilan. Beliau mendapat bekalan Minyak Kasturi melalui anak menantunya yang berada di Kedah dimana proses penghasilan minyak tersebut dijalankan di situ. Pada permulaan pembukaan Pusat Internet , Pn. Jamilah berpendapat Pusat Internet sama seperti Cyber café yang menyediakan perkhidmatan penggunaan Internet. Melalui promosi yang dilakukan oleh pihak Pusat Internet, Pn. Jamilah sedikit sebanyak memahami kelebihan yang boleh diperolehi dengan penggunaan perkhidmatan di Pusat Internet dalam memperkembangkan perniagaannya. Pn. Jamilah mula menghadiri kelas-kelas asas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet seperti kelas pengenalan perniagaan atas talian, penggunaan Facebook dan asas pembinaan blog. Usaha beliau turut disokong oleh keluarga dimana anak-anak beliau turut membantu menyelenggara Facebook dan blog perniagaan beliau. Beliau juga sentiasa tidak jemu bertanya dengan pihak PI apabila menghadapi kemusykilan. Beliau yakin perniagaan beliau mampu diperkembangkan dengan adanya bantuan Internet

     

 Pn Jamilah ketika belajar cara pengurusan Facebook

 

 

Produk utama iaitu Minyak Kasturi yang diniagakan oleh Pn Jamilah secara atas talian