Nama : Intan Azura Binti Mohd Amifizal

Umur : 21 tahun

Ahli : 2018


Latar Belakang

Cik Intan Azura Mohd Amifizal berasal daripada Kampung Kuala Sungga merupakan seorang pelajar kulinari di sebuah institut swasta di Kuala Lumpur. Tahun 2018 merupakan tahun terakhir pengajian beliau. Ibu beliau menjalankan perniagaan penjualan kuih-muih di Kampung Kuala Sungga. Memandangkan perniagaan yang sudah bertapak sekian lama dan Cik Intan Azura mengambil jurusan kulinari, beliau tidak melepaskan peluang yang sedia ada membantu ibunya.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Perniagaan kuih-muih keluarganya dijalankan di sebuah gerai kecil di Kampung Kuala Sungga

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Cik Intan Azura mencuba menggunakan medium internet sebagai satu kelainan mempromosikan kuih-muih dan membolehkan orang ramai membuat tempahan secara mudah. Beliau juga bercita-cita untuk mempelbagaikan lagi kuih-muih selain kuih-muih tradisional kepada kuih-muih yang terkini melalui rujukan internet

Nama : Asiah Binti Ahmad

Umur : 46 tahun

Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Asiah merupakan seorang polis bantuan di Universiti Teknikal Melaka dan seorang ibu kepada 5 orang anak. Beliau sering menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk tujuan percetakan dokumen pekerjaan beliau. Beliau juga sering membawa anak-anak beliau apabila mereka memerlukan penggunaan komputer untuk tugasan sekolah.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada awalnya, Puan Asiah hanya menggunakan komputer untuk perkara yang sudah kebiasaan digunakan iaitu membuka laman web portal pekerjaan beliau. Beliau telah terpanggil untuk meningkatkan diri dalam penggunaan komputer atas faktor ingin membuktikan kebolehan diri kepada majikan beliau. Pekerjaan Puan Asiah yang tidak tentu masa membuatkan beliau ingin menukar waktu pekerjaan kepada waktu pejabat dimana beliau perlu ada kemahiran komputer untuk membuat kerja-kerja pejabat.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Atas inisiatif mahu meningkatkan diri, Puan Asiah mendaftar di Pusat Internet  Kg.Kuala Sungga untuk mempelajari asas-asas penggunaan komputer. Puan Asiah konsisten mengikuti kelas yang telah diatur oleh pihak Pusat Internet. Kini, beliau sudah mampu untuk membuat surat rasmi dan menggunakan email untuk tujuan penghantaran dokumen-dokumen pekerjaannya

Nama : Husna Binti Abdul Rahman

Umur : 24 tahun

Ahli : 2017


Latar Belakang

Cik Husna Abdul Rahman merupakan lepasan ijazah Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar Perak. Kemahiran serta bakat dalam bidang seni beliau telah diserlahkan melalui lukisan inai.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau memulakan perkhidmatan lukisan inai hanya untuk mengisi masa lapang sekadar suka-suka setiap kali cuti semester pengajian beliau. Beliau bermula dengan kenalan rapat serta saudara terdekat tanpa promosi yang lebih meluas.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan adanya teknologi serta platform seperti Facebook, beliau kerapkali memuatnaik hasil perkhidmatan lukisan inai beliau dan secara tidak langsung berjaya memperkenalkan perkhidmatan beliau kepada lebih ramai orang. Peluang menyertai program-program komuniti seperti di Pusat Internet telah memberi ruang promosi kepada perkhidmatan beliau.

Nama : Siti Badariah Binti Sharin

Umur : 25 tahun

Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Siti Badariah Binti Sharin pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Tebong. Selepas mendapat cahaya mata yang pertama, beliau telah berhenti kerja dan menumpukan pada perniagaan atas talian beliau. Beliau mencuba perniagaan jualan produk kecantikan seperti alat persolekan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Penggunaan media sosial di kalangan masyarakat kebanyakkan tertumpu pada hanya untuk bersosial. Hanya segilintir yang mempunyai kesedaran menggunakan kemudahan media sosial ini untuk perniagaan. Bagi Puan Siti Badariah, beliau menyedari akan hal ini tetapi kekurangan ilmu pemasaran dalam talian membuatkan beliau mengambil masa untuk menggunakan peluang yang sedia ada.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Bermula pada bulan Julai 2017, Puan Siti Badariah memulakan langkah menggunakan platform Facebook sebagai medium promosi barangan produk kecantikan yang dijualnya. Kini beliau mampu menjana pendapatan sendiri melalui jualan atas talian dan dalam masa yang sama beliau dapat menguruskan rumahtangga. Beliau juga tidak malu untuk bertanya kepada pihak PI jika terdapat kemusykilan.

Nama : Navinehshan a/l Shanker

Umur : 11 tahun

Ahli : 2017


Latar Belakang

Navinehshan a/l Shanker merupakan salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Pekan Tebong. Beliau datang ke Pusat Internet Kg.Kuala Sungga bersama ibunya serta abangnya setelah mendapat tahu mengenai perkhidmatan serta kelas-kelas komputer yang dijalankan di PI. Latihan yang dijalankan di PI telah menarik minat Navinehshan serta adiknya untuk belajar supaya memudahkan urusan pembelajaran kerana kebayakan tugasan sekolah perlu menggunakan aplikasi Ms Office serta dimasukkan di laman web 1bestarinet/frogasia

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pelajar sekolah rendah seusia seperti Navinehshan kurang diberikan pendedahan akan penggunaan komputer. Perkara yang kebiasaan beliau tahu komputer adalah tempat untuk bermain permainan dalam talian. Beliau kurang berkemahiran untuk menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti Microsft Word dan Powerpoint.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Di zaman serba IT ini, pelajar banyak diberikan tugasan yang memerlukan penggunaan komputer lebih-lebih lagi pihak sekolah banyak menggunakan laman web 1bestarinet/frogasia sebagai salah satu medium tugasan para pelajar. Kewujudan PI banyak membantu Navinehshan untuk mempraktikkan penggunaan kemudahan ICT dalam menyiapkan tugasan mereka. Beliau menjadi lebih cekap dan dapat menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint secara sendiri tanpa perlu bantuan pihak PI sepenuhnya.