Nama : Hazmah Binti Mahat

Umur : 41 tahun

Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Hazmah Binti Mahat berasal daripada Felda Pasoh 2, Jempol, Negeri Sembilan dan bekerja sebagai seorang kerani di Syarikat Sime Darby Plantation Ladang Kemuning. Beliau telah menjalankan perniagaan penjualan tudung selama 5 tahun dan kini menjalankan perniagaan penjualan tudung melalui atas talian juga.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau yang mempunyai 3 orang anak perempuan dan kesemuanya perempuan telah menjadi salah satu faktor beliau menceburi bidang perniagaan penjualan tudung. Bermula pada tahun 2013, beliau memulakan perniagaan penjualan tudung melalui pembukaan gerai jualan di pasar-pasar malam. Keuntungan beliau diperolehi melalui jualan pasar malam sahaja.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kewujudan PI dan promosi yang dilakukan untuk menggalakkan peniaga seperti Puan Hazmah menggunakan kemudahan ICT memasarkan serta mempromosikan produk perniagaan, telah membuka ruang perniagaan yang lebih besar serta medium pemasaran yang meluas untuk perniagaan beliau. Keuntungan beliau meningkat daripada keuntungan RM 100 kepada RM 200 sebulan. Kini beliau merancang untuk membuat tudung dengan menggunakan jenama sendiri.