Kumpulan Kasturi telah memenuhi jemputan Kenduri Akikah serta cukur Jambul pada 31 Januari 2016 bertempat di rumah Mantan Pengerusi Kg.Kuala Sungga

 

Pada 29 Januari yang lepas, Kumpulan Kasturi yang terdiri daripada 30 orang ahli Wanita Kg.Kuala Sungga telah memenuhi jemputan kenduri kesyukuran yang bertempat di  Taman Sri Cahaya Tebong. Kumpulan ini sering di jemput oleh penduduk kampung untuk melakukan aktiviti seperti berzanji, berselawat serta melakukan doa selamat.

 

Penduduk di Kampung Kuala Sungga begitu menitik beratkan perpaduan di kalangan masyarakatnya yang berbilang kaum. Ini dapat dilihat menerusi penubuhan beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kampung itu yang menjadi mata dan telinga  dalam membangunkan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk. Justeru itu, terbentuk satu kumpulan terdiri daripada 30 orang golongan wanita yang digelar kumpulan Kasturi. Kumpulan ini berperanan untuk memenuhi jemputan penduduk yang mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan majlis potong jambul.

 

Kumpulan Kasturi

 

Kumpulan kasturi Kg.Kuala Sungga

Kursus Pendidikan Kemahiran Masakan telah diadakan di Balairaya Kg.Kuala Sungga Anjuran Wanita Kg.Kuala Sungga.

Program Masakan ini di jalankan setiap hari Selasa bermula jam 3 petang - 5 petang.

Pelbagai jenis masakan seperti kuih muih, kek dan pelbagai lagi  diajar oleh tenaga pengajar dari Pusat Masakan Kemas Selandar, Daerah Alor Gajah 

program ini bermula pada Jun 2015 dengan kehadiran peserta seramai 10 orang dan sehingga kini penyertaan dari pihak wanita Kg.Kuala Sungga semakin meningkat.

AHLI JAWATANKUASA KELAS MASAKAN KG.KUALA SUNGGA

BIL JAWATAN NAMA
1 Pengajar Siti Nuurul Hidayah Muhammad Subandi
2 Pengerusi Zarina Md Nawi
3 Penolong Pengerusi Yusfawati Bakhtiar
4 Setiausaha Syafiqah Mohd Yusof
5 Penolong Setiausaha Norliza Ghazali
6 Bendahari Normala Ali
7 AJK Noriah Ahmad
8 AJK Jamilah Hasan
9 AJK Siti Thaleha Sabar
10 AJk Shamsiah Makran
11 AJK Azizah Wahat