Melaka sememangnya terkenal dengan kepelbagaian resipi serta masakan. Masakan Baba Nyonya yang terkenal sejak dulu, tidak ketinggalan juga masakan Melayu, Cina, India serta Potugis. Kg.Kuala Sungga terletak di dalam Parlimen Alor Gajah. Makanan yang terkenal di Alor Gajah adalah Cucur Udang Alor Gajah.

Gerai no.1 di Medan Selera Menggong yang tertulis Perniagaan Cucur Udang Alor Gajah amat popular dengan menu cucur udangnya yang amat sedap. Ia menjadi buah mulut penduduk tempatan mahupun juga pengunjung dari dalam dan luar negara. Apa yang sebenarnya menjadikan cucur udang ini istimewa adalah gabungan komponennya yang pelbagai daripada cucur udang , fish cake, sosej, nugget, timun, tauhu dan pelbagai lagi sehinggalah kepada popia.Ada pelanggan yang memberikan kredit kepada fish cake yang amat sedap. Kuahnya juga amat sedap dan pekat serta ada terasa sedikit manis gula Melaka dan kepedasannya begitu serasi dengan cucur udang dan komponen yang lain. Memang tangkap meleleh Cucur Udang Alor Gajah.