Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6.Saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Kesihatan memainkan peranan yang penting kerana individu yang sihat boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan Kerajaan Pusat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada setiap rakyat Malaysia, sentiasa memberikan tumpuan bagi memperbaharui teknologi agar perkhidmatan terkini dalam bidang perubatan dapat ditawarkan kepada warga Melaka. Sasaran Kerajaan Melaka adalah untuk memastikan perkhidmatan di hospital dan klinik negeri disediakan dengan teknologi dan peralatan tercanggih supaya perkhidmatan kesihatan di Melaka dapat diiktiraf sebagai antara yang terbaik di negara dan setaraf dengan negara-negara maju.

Antara Klinik atau Pusat Kesihatan yang terdapat di Kuala Sungga ialah :

Klinik Desa Tebong

 

Jadual Waktu Operasi Klinik Desa Tebong

Klinik Kesihatan Ladang Kemuning

 

Lain-Lain klinik berhampiran Kampung Kuala Sungga :


• Klinik Kesihatan Gemencheh
• Klinik Kesihatan Selandar