Nama : Humaira Maisarah Mahizan Umur : 20 tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Humaira Maisarah Mahizan merupakan anak muda tempatan kelahiran Negeri Pahang yang berhijrah bersama keluarganya ke Kg.Kuala Sungga sejak kecil lagi. Humaira merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik serta merupakan lepasan Kolej Vokasional dan kini sedang menjalani latihan praktikal. Beliau seorang yang rajin dan berdedikasi bagi meningkatkan prestasi diri.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Humaira merupakan ahli berdaftar Pusat Internet Komuniti Kg.Kuala Sungga dan beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet. Kebiasaan beliau menggunakan kemudahan internet untuk urusan peribadi seperti menggunakan laman sosial serta pencarian maklumat kerja sekolah.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kewujudan Pusat Internet Komuniti Kg.Kuala Sungga menarik minat anak muda ini meneroka bidang multimedia khususnya. Tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet telah membantu Humaira menghasilkan video pendek dengan sendirinya. Berbekalkan ilmu yang diperolehi dari pembelajaran di Pusat Internet Komuniti Kg.Kuala Sungga, Humaira serta rakan-rakannya telah mencipta video bertajuk “Kenali Internet” dan hasilnya berjaya memenangi hadiah pilihan juri bersempena KL Converge 2015 yang dianjurkan oleh pihak SKMM.
Nama : Siti Nur Adilah Binti Ahmad Umur : 24 tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Cik Siti Nur Adilah merupakan graduan diploma dalam bidang perubatan daripada Pusrawi International College Of Medical Science (PICOMS). Walaupun berada dalam bidang yang terjamin pekerjaan, ianya tidak menghalang minat beliau dalam bidang perniagaan. Lahir dalam keluarga yang menjalankan perniagaan sebagai pendapatan utama dimana ayah dan ibu beliau menjalankan perniagaan kedai makan telah mendorong Cik Siti Nur Adilah menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebagai dropship handsock. Bermula pada tahun 2020 dimana ketika negara sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID 19, Cik Siti Nur Adilah mengambil inisiatif memulakan perniagaan dropship sementara menunggu penempatan tempat praktikal. Sambutan yang mengalakkan sedikit sebanyak memberi pendapatan sampingan kepada beliau.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Siti Nur Adilah sudah mempunyai asas pengetahuan ICT memandangkan beliau banyak menggunakan komputer ketika belajar.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Dengan berbekalkan asas pengetahuan ICT, beliau menggunakan pengetahuan yang sedia ada memperkembangkan lagi pengetahuan ke bahagian pemasaran dalam talian melalui Pusat Internet dimana beliau banyak menggunakan kemudahan di Pusat Internet serta mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet.
Nama : Muhammad Nur Aiman Bin Mahidi Umur : 18 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Muhammad Nur Aiman Bin Mahadi tinggal di Kampung Hilir, Batang Melaka dan merupakan pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha. Beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg. Kuala Sungga semenjak tahun 2017. Semenjak itu, beliau sering mengunjungi Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan yang ada samada untuk menyiapkan tugasan sekolah atau mengisi masa lapang. Kesempatan mengunjungi Pusat Internet digunakan sebaiknya oleh beliau untuk mempelajari ilmu ICT memandangkan beliau perlu membahagikan masa waktu untuk mengulangkaji pelajaran.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Muhammad Nur Aiman tiada kemudahan komputer yang boleh digunakan di rumah untuk melakukan tugasan sekolah serta kekurangan pengetahuan penggunaan aplikasi komputer dalam menyiapkan tugasan sekolah
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kemudahan komputer, capaian internet secara percuma dan tunjuk ajar petugas Pusat Internet membantu Muhammad Nur Aiman meningkatkan lagi kemahiran penggunaan aplikasi komputer dalam menyiapkan tugasan sekolah beliau. Disamping itu, kelas-kelas kemahiran yang disertai di Pusat Internet meningkatkan lagi daya kreativiti beliau dimana beliau mampu mereka bentuk slaid pembentangan yang menarik untuk pembentangan beliau.
Nama : Nur Amalina Binti Mat Umur : 26 tahun Ahli : 2021 |
Latar Belakang
Cik Amalina Binti Mat merupakan seorang anak tunggal yang tinggal bersama ibunya juga merupakan ibu tunggal. Cik Amalina merupakan graduan Universiti Utara Malaysia dan masih dalam proses mencari pekerjaan tetap. Ibu Cik Amalina menjalankan perniagaan Tauhu Bergedil secara kecil-kecilan dan ini mendorong Cik Amalina untuk turut serta menjalankan bisnes jualan coklat dan biskut.Cik Amalina Binti Mat merupakan seorang anak tunggal yang tinggal bersama ibunya juga merupakan ibu tunggal. Cik Amalina merupakan graduan Universiti Utara Malaysia dan masih dalam proses mencari pekerjaan tetap. Ibu Cik Amalina menjalankan perniagaan Tauhu Bergedil secara kecil-kecilan dan ini mendorong Cik Amalina untuk turut serta menjalankan bisnes jualan coklat dan biskut.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Amalina yang sudah mempunyai asas komputer menggunakan kemudahan media sosial sebaiknya untuk mempromosikan produk coklat dan biskut.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kemudahan capaian internet serta latihan keusahawanan di pusat internet telah membantu memperluaskan lagi medium penjualan produk beliau di atas talian iaitu melalui Aplikasi Shopee.
Nama : Nursyafiqah Binti Sofian Umur : 21 tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Cik Nursyafiqah Binti Sofian merupakan anak sulung daripada 5 adik beradik. Setelah tamat persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong, Cik Syafiqah terus bekerja di sebuah kilang elektronik di Batu Berendam Melaka. Pada pertengahan tahun 2020, ketika negara dilanda pendamik Covid 19 dimana memberi kesan kepada pergerakan komuniti, Cik Nursyafiqah mengambil inisiatif untuk menambahkan pendapatan dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual makanan ringan iaitu coklat dalam balang dengan jenama Abchocojar. Perniagaan ini sedikit sebanyak membantu Cik Syafiqah dalam membantu ekonomi keluarga beliau.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Nursyafiqah sudah mempunyai asas pengetahuan ICT memandangkan beliau banyak menggunakan komputer ketika belajar.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Dengan berbekalkan asas pengetahuan ICT, beliau menggunakan pengetahuan yang sedia ada memperkembangkan lagi pengetahuan ke bahagian pemasaran dalam talian melalui Pusat Internet dimana beliau banyak menggunakan kemudahan di Pusat Internet serta mendapakan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet.