Nama : Siti Hajar Binti Amran

Umur : 20 tahun

Ahli : 2017


Latar Belakang

Siti Hajar Binti Amran merupakan pelajar STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin. Siti Hajar seorang yang sangat aktif di sekolah di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Latihan yang dijalankan di Pusat Internet Kg.Kuala Sungga telah menarik minat Siti Hajar untuk belajar supaya memudahkan urusan pembelajaran kerana kebayakan tugasan sekolah perlu menggunakan aplikasi Ms Office.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Siti Hajar yang tidak mahir menggunakan aplikasi komputer serta penggunaan Microsoft Office sering meminta rakan-rakan sekolahnya membantu dalam menyiapkan tugasan sekolah. Beliau juga membuat tugasan sekolah secara manual dan tidak menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Di zaman serba IT ini, pelajar banyak diberikan tugasan yang memerlukan penggunaan komputer. Kewujudan Pusat Internet banyak membantu Siti Hajar untuk mempraktikkan penggunaan kemudahan ICT dalam menyiapkan tugasan beliau.. Beliau menjadi lebih cekap dan dapat menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word dan Powerpoint secara sendiri tanpa memerlukan bantuan pihak Pusat Internet mahupun rakan-rakan sekolahnya

Nama : Rozita Binti Ramli

Umur : 36 tahun

Ahli : 2016


Latar Belakang

Puan Rosita Ramli merupakan pekerja di salah sebuah syarikat swasta. Mempunyai 4 orang cahaya mata yang terdiri daripada seorang lelaki dan 3 orang perempuan. Beliau amat meminati bidang perniagaan mendorong beliau dan suami, Encik Razman untuk membuka gerai menjual makanan dan minuman di Bandar Tiga Malam (Stadium Hang Jebat) setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pada bulan Mac 2018. Antara makanan yang dijual adalah Ayam Bakar Cheese Leleh, Sate Cawan, Sosej Bakar dan Air Coklat dengan menggunakan nama komersil Nabila untuk produk beliau. Beliau turut menyediakan perkhidmatan tempahan produk beliau kepada umum.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Walaupun kewujudan internet telah lama ada tetapi Puan Rosita hanya menggunakan kemudahan yang ada untuk melayari Facebook dan untuk kegunaan perhubungan seperti aplikasi Whatsapp.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Promosi oleh pihak Pusat Internet Kg.Kuala Sungga kepada komuniti mengenai kemudahan Internet dalam perniagaan sedikit sebanyak mendorong segelintir komuniti untuk mencuba alternatif ini termasuk Puan Rosita. Beliau mewujudkan satu laman Facebook khas untuk promosi produk jualan beliau dibawah nama Nabila Razman. Dengan kewujudan Facebook ini, gerai Nabila bukan sahaja diketahui komuniti setempat Kuala Sungga malahan mampu di sebarkan ke seluruh Malaysia.

Nama : Subromaniyam Munusamy

Umur : 67 tahun

Ahli : 2016


Latar Belakang

Encik Subromaniam merupakan anak jati Kg.Kuala Sungga. Beliau merupakan warga emas pertama yang berdaftar untuk mengikuti latihan di PI Kg.Kuala Sungga. Beliau berpendidikan sehingga sekolah menengah dan kini masih bekerja sebagai ‘mando’ estet yang berhampiran dengan Kg.Kuala Sungga. Encik Subro menyatakan hasrat untuk mempelajari penggunaan komputer memandangkan faktor keperluan pekerjaannya yang kini menggunakan penggunaan email bagi penghantaran laporan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pada awalnya, Encik Subromaniyam datang ke Pusat Internet Kg.Kuala Sungga untuk menggunakan perkhidmatan fotokopi. Beliau yang tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini, amat tertarik untuk mempelajari penggunaan komputer setelah mendapat tahu akan akan latihan/kursus yang dijalankan di Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Atas usaha beliau yang rajin mengikuti kelas yang telah diatur oleh pihak Pusat Internet Kg.Kuala Sungga. Kini, beliau sudah mampu untuk membuat surat/laporan serta menggunakan email untuk tujuan penghantaran dokumen-dokumen pekerjaannya

Nama : Norsulaihin Binti Kamarudin

Umur : 21 tahun

Ahli : 2018


Latar Belakang

Norsulaihin Binti Kamarudin merupakan seorang pelajar di KPTM Batu Pahat dalam jurusan Diploma Sumber Manusia. Di tahun akhir pengajian, perniagaan menjadi salah satu subjek yang memerlukan praktikal supaya dapat memberi pengalaman kepada pelajar menghadapi situasi berkomunikasi dengan masyarakat. Beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perkhidmatan cuci muka memandangkan beliau mempunyai pengalaman membantu ibu saudara beliau di spa kecantikan milik ibu saudaranya. Perkhidmatan rumah ke rumah ini telah dijalankan sejak awal tahun 2018 dan dilakukan setiap kali hari cuti belaiu.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau memulakan perkhidmatan ini pada saudara mara beliau terlebih dahulu.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan kewujudan whatsapp serta laman-laman web pemasaran, aplikasi-aplikai ini banyak membantu mempromosikan lagi perkhidmatan beliau. Pihak Pusat Internet Kg.Kuala Sungga turut membantu beliau dengan menjemput beliau menyertai program di PI sambil membantu mempromosikan lagi perkhidmatan beliau kepada komuniti melalui Laman Facebook Pusat Internet Kg.Kuala Sungga. Disamping itu, pihak PI turut membantu memuatnaikkan perkhidmtan beliau di dalam Laman Myshop Dashboard Komuniti.

Nama : Zarina Binti Md Nawi @ Md Lamin

Umur : 43 tahun

Ahli : 2018


Latar Belakang

Puan Zarina Md Nawi@ Md Lamin merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Suami beliau merupakan pesara tentera telah menjalankan perkhidmatan pemasangan pendawaian elektrik sebagai pendapatan tambahan. Namun, akibat satu kemalangan telah menghentikan seketika perkhidmatan yang dijalankan. Demi membantu suami, Puan Zarina telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan dengan menjual pewangi kereta.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Zarina menjalankan penjualan pewangi kereta ini dengan melakukan promosi di kalangan kawan-kawan melalui perjumpaan harian sahaja

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan adanya PI Kg.Kuala Sungga, Puan Zarina diperkenalkan dengan kemudahan media sosial yang mampu mempromosikan usaha beliau. Kaedah promosi produk jualan beliau semakin berkembang dengan penggunaan laman web perniagaan seperti MyShop PI Dashboard.