Nama : Mohd Sayuti Bin Ebin

Umur : 32 tahun

Ahli : 2016


Latar Belakang

Encik Mohd Sayuti Bin Ebin merupakan seorang kakitangan swasta di sebuah syarikat berlokasi di Bukit Rambai. Beliau menjalankan perniagaan menjual coklat sebagai salah satu pekerjaan sampingan semenjak tahun 2017. Produk coklat yang dijual merupakan coklat yang diimport daripada luar negara. Pada kebiasaannya, coklat yang dibeli akan dibungkus kembali dan dijual di kedai-kedai runcit yang berhampiran.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Perniagaan penjualan coklat ini adalah kerja sampingan yang dilakukan untuk menambah pendapatan dimana dijual kepada kenalan-kenalan yang terdekat dan diletak di kedai-kedai runcit.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pengenalan kepada MyShop Dashboard Komuniti yang dilakukan oleh Pusat Internet Kg. Kuala Sungga telah memberi peluang kepada Encik Mohd Sayuti untuk menggunakan medium atas talian mempromosikan produk coklat yang dijual beliau. Sehingga kini, beliau telah mula menerima tempahan untuk dijadikan cenderahati sesebuah majlis

Nama : Iswadi Bin Kahar

Umur : 32 tahun

Ahli : 2018


Latar Belakang

Encik Iswadi Bin Kahar merupakan anak jati Kuala Sungga. Mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong. Setelah tamat sekolah, beliau terus bekerja dan mengambil keputusan menjalankan perniagaan sendiri pada tahun 2017 dengan menjalankan perniagaan perkhidmatan penyediaan makanan pencuci mulut iaitu aiskrim untuk majlis-majlis atau event syarikat menggunakan nama Bob Roti Aiskrim.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau banyak mempromosikan perkhidmatan beliau melalui kenalan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Media sosial merupakan salah satu inisisatif Encik Iswadi untuk memperluaskan lagi promosi perniagaan beliau dimana dengan menggunakan Facebook sebagai medium promosi beliau telah berjaya mendapat tempahan dengan lebih banyak di sekitar Melaka. Melalui Pusat Internet, Encik Iswadi turut mendapat bantuan menggunakan aplikasi Myshop Dashboard Komuniti untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau

Nama : Mokhzani Aris Bin Masrom

Umur : 27 tahun

Ahli : 2018


Latar Belakang

Mokhzani Aris Masrom merupakan anak muda yang menguruskan pasukan kompang di Kuala Sungga semenjak di bangku sekolah lagi. Pasukan Kompang yang diberi nama Paluan Kompang Dan Formasi Kasturi Tebong diasaskan oleh seorang cikgu bernama Hj. Latif Che Daud semenjak tahun 2007. Di bawah tunjuk ajar cikgu ini, Mokhzani telah diberi kepercayaan untuk menguruskan pasukan ini semenjak tahun 2008 sehingga kini. Dengan ahli seramai 14 orang, beliau aktif bergerak menerima tempahan-tempahan majlis perkahwinan serta majlis keraian yang lain. Keistimewaan kumpulan yang dibawa oleh Mokhzani ini, perkhidmatan pasukan kompang beliau adalah berformasi dimana bermula dengan kompang berarak, persembahan serta lagu dengan harga yang berpatutan

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, kumpulan kompang ini bergantung kepada tempahan sesebuah majlis sebagai medium promosi. Pada peringkat awal, Mokhzani hanya menguruskan latihan dan formasi bentuk persembahan manakala urusan mendapatkan perkhidmatan kumpulan ini dilakukan oleh pengasasnya.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan peredaran waktu dan beliau telah tamat belajar, beliau menggunakan medium lain untuk memperluaskan lagi promosi perkhidmatan kumpulan kompang yang diuruskan beliau. Penggunaan medium secara atas talian seperti Facebook, Instagram dan Youtube telah membuka ruang promosi kepada beliau. Sehingga kini, beliau berjaya membawa kumpulan ini sehingga luar daripada kawasan Melaka.

Nama : Muhammad Adnan Bin Majit

Umur : 28 tahun

Ahli : 2015


Latar Belakang

Muhammad Adnan Majit merupakan anak muda tempatan Kampung Kuala Sungga Tebong. Beliau merupakan seorang yang mesra dan disenangi oleh penduduk Kampung Kuala Sungga. Keaktifan serta kecekapan dalam membuat apa jua sebarang pekerjaan membolehkan beliau diambil menjadi salah seorang ahli Biro Belia, Sukan & NGO dibawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung 2018.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Muhammad Adnan merupakan ahli berdaftar Pusat Internet Kg.Kuala Sungga dan beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet. Kebiasaan beliau menggunakan kemudahan internet untuk urusan peribadi seperti menggunakan e-mail.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah mendapat tanggungjawab dalam Biro Belia, Sukan & NGO, beliau mula mengambil inisiatif untuk belajar di Pusat Internet Kg. Kuala Sungga asas komputer seperti penggunaan Microsoft Word. Tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet telah membantu Muhammad Adnan untuk membuat surat, kertas kerja serta dokumen lain dengan sendirinya.

Nama : Jamilah Binti Harun

Umur : 59 tahun

Ahli : 2018


Latar Belakang

Puan Jamilah Harun merupakan seorang tukang bersih yang diberi tugas membersihkan kawasan Dataran Kuala Sungga. Selain menjadi tukang bersih, beliau turut menjalankan perniagaan penyediaan makanan dengan kerjasama anak dan menantu beliau. Sate menjadi menu utama perniagaan beliau memandangkan makanan tersebut sudah menjadi makanan kegemaran kebanyakkan penduduk di Kuala Sungga Tebong tidak kira bangsa. Lokasi perniagaan beliau terletak di Bangunan Pasar Kuala Sungga dan beliau turut mengambil tempahan untuk majlis-majlis keraian.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Jamilah hanya menjalankan perniagaan bergantung kepada hari apabila beliau membuka kedai. Promosi mengenai perniagaan beliau adalah melalui kenalan yang biasa membeli dengan beliau

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Pengenalan kepada MyShop Dashboard Komuniti yang dilakukan oleh Pusat Internet Kg. Kuala Sungga telah memberi peluang kepada Puan Jamilah untuk menggunakan kaedah lain untuk mempromosikan sate jualan beliau. MyShop merupakan salah satu saluran promosi sesebuah perniagaan secara atas talian dan Puan Jamilah telah berjaya memuatnaikkan produk beliau melalui tunjuk ajar petugas PI Kg. Kuala Sungga.