Nama : Wan Norma Binti Wan Muhammad

Umur : 39 tahun

Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Wan Norma berasal daripada Negeri Kelantan dan mula menetap di Tebong setelah berkahwin dengan suaminya yang merupakan penduduk tetap Tebong. Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 5 orang anak. Kesempatan sebagai seorang surirumah dan atas minat berniaga telah mendorong beliau untuk berniaga secara kecil-kecilan di rumah. Beliau telah memilih untuk menjual pelbagai jenis pekasam seperti pekasam daging kambing, pekasam telur sotong, pekasam perut lembu dan pekasam ikan gelama.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau banyak mempromosikan perkhidmatan beliau melalui kenalan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan penggunaan teknologi ICT, beliau menggunakan sebaik-baiknya medium pemasaran atas talian seperti Facebook dan penggunaan WhasApp sekaligus dapat mempromosikan produk jualan beliau luar daripada kawasan Negeri Melaka.

Nama : Heerah a/p Sundhara Moorthy

Umur : 18 tahun

Ahli : 2015


Latar Belakang

Heerah a/p Sundhara Moorthy merupakan pelajar lepasan sekolah SMK Tebong yang baru habis menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau merupakan ahli berdaftar Pusat Internet sejak tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Heerah a/p Sundhara Moorthy sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet. Kebiasaan beliau menggunakan kemudahan internet untuk urusan pencarian maklumat kerja kursus/ sekolah disamping menggunakan untuk urusan peribadi seperti menggunakan laman sosial serta menonton youtube.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kelas/latihan anjuran Pusat Internet Kg.Kuala Sungga menarik minat anak muda ini untuk mempelajari asas komputer. Tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet telah membantu meningkatkan tahap kemahiran Heerah seperti membuat surat, penyediaan persembahan, penghasilan kertas kerja serta dokumen lain dengan sendirinya.

Nama : Remelah Binti Atan

Umur : 46 tahun

Ahli : 2015


Latar Belakang

Puan Remelah Atan merupakan seorang peniaga kantin sekolah di Sekolah Agama JAIM Kuala Sungga. Suami beliau merupakan seorang tukang kebun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong. Merupakan anak jati Kampung Kuala Sungga dan telah dikurniakan 7 orang anak. Roti John merupakan salah satu jualan makanan yang disediakan untuk perniagaan kantinnya. Permintaan luar daripada sekolah telah menggalakkan beliau untuk membuat roti john di rumahnya khas untuk penjualan roti john. Beliau turut menyediakan burger serta menjual minuman

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau banyak mempromosikan perkhidmatan beliau melalui kenalan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui Pusat Internet, Puan Remelah mendapat bantuan menggunakan aplikasi Myshop Dashboard Komuniti untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau.

Nama : Zuriyati Binti Yunfisar

Umur : 27 tahun

Ahli : 2019


Latar Belakang

Zuriyati Yunsifar merupakan seorang guru sekolah rendah di Melaka. Walaupun mempunyai jawatan di sekolah, ianya tidak menghalang minat beliau yang suka berniaga. Beliau menjalankan perkhidmatan penyediaan makanan mengikut tempahan. Perniagaan ini dijalankan di rumah beliau sahaja. Namun, makanan yang mendapat banyak tempahan daripada komuniti setempat adalah produk sate beliau. Beliau menyediakan perkhidmatan menjual sate dan penyediaan sate mentah di bawah nama produk Ommiyam Satay.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, perniagaan beliau dijalankan secara kecil-kecilan dan menerima tempahan dalam skala yang kecil.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Penggunaan ICT telah bnyak membantu mempromosikan lagi produk sate beliau. Dengan penggunaan FB page Ommiyam Satay, tempahan daripada luar komuniti turut menggalakkan memandangkan beliau mendapat maklumbalas yang positif di laman FB page daripada pelanggan yang menempah produk sate beliau.

Nama : Muhammad Aiman Danial Bin Sofian

Umur : 16 tahun

Ahli : 2015


Latar Belakang

Muhammad Aiman Danial merupakan anak muda tempatan Kampung Kuala Sungga Tebong. Beliau merupakan seorang yang mesra dan disenangi oleh penduduk Kampung Kuala Sungga Tebong. Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong. Kecenderungan kepada bidang muzik tradisional kompang, memberi semangat kepada anak muda ini untuk menceburi persatuan paluan kompang dan formasi Kasturi Tebong yang di urus selia oleh salah seorang belia Kg.Kuala Sungga

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Muhammad Aiman Danial merupakan ahli berdaftar Pusat Internet Kg.Kuala Sungga dan beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet. Kebiasaan beliau menggunakan kemudahan internet untuk urusan peribadi seperti menggunakan laman sosial serta menonton youtube.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kewujudan Pusat Internet Kg.Kuala Sungga menarik minat anak muda ini untuk mempelajari asas komputer seperti penggunaan Microsoft Word. Tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet telah membantu Muhammad Aiman untuk membuat surat, kertas kerja serta dokumen lain dengan sendirinya. Berbekalkan ilmu yang diperolehi dari pembelajaran di Pusat Internet Kg.Kuala Sungga, Muhammad Aiman Danial kini dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Paluan Kompang dan Formasi Kasturi Tebong