Penduduk di Kampung Kuala Sungga begitu menitik beratkan perpaduan di kalangan masyarakatnya yang berbilang kaum. Ini dapat dilihat menerusi penubuhan beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kampung itu yang menjadi mata dan telinga dalam membangunkan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk. Justeru itu, terbentuk satu kumpulan terdiri daripada 30 orang golongan wanita yang digelar kumpulan Kasturi. Kumpulan ini berperanan untuk memenuhi jemputan penduduk yang mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan majlis potong jambul.