Nama : Nor Ashikin Binti Sadar Mohamad Umur : 40 tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Puan Nor Ashikin Sadar Mohamad merupakan seorang Pembantu Tadbir (P/O) di Hospital Tampin Negeri Sembilan dan menjalankan perniagaan atas talian pelbagai jenis barangan.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Perniagaan atas talian ini dijalankan secara sambilan dan kecil-kecilan serta hanya diketahui oleh segelintir orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Dengan adanya PI Kg.Kuala Sungga, Puan Nor Ashikin mula mengikuti kelas serta program anjuran PI dimana membantu beliau mempromosikan lagi perniagaan atas talian beliau malah beliau kini lebih bijak mengatur strategi penjualan barangan mengikut trend semasa.