Nama : Nagathevan a/l Shanker Umur : 11 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Nagathevan a/l Shanker merupakan salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Pekan Tebong. Beliau datang ke Pusat Internet Kg.Kuala Sungga bersama ibunya serta adiknya setelah mendapat tahu mengenai perkhidmatan serta kelas-kelas komputer yang dijalankan di PI. Latihan yang dijalankan di PI telah menarik minat Nagathevan serta adiknya untuk belajar supaya memudahkan urusan pembelajaran kerana kebayakan tugasan sekolah perlu menggunakan aplikasi Ms Office serta dimasukkan di laman web 1bestarinet/frogasia.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Word, Powerpoint serta Internet untuk mencari bahan untuk tugasan sekolah yang diberikan oleh pihak sekolah. Ibunya telah meminta bantuan petugas PI untuk membantu Nagathevan dalam menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kewujudan Pusat Internet Kg.Kuala Sungga telah membuka mata Nagathevan serta ibunya bahawa PI bukanlah seperti cybercafe yang sering dikunjungi oleh pemuda-pemudi untuk tujuan hiburan tetapi mampu membantu menaikkan taraf pembelajaran ICT. Ibu bapa beliau sering memberi galakan dengan menghantar Nagathevan mengikuti kelas-kelas komputer seperti Kelas Microsoft Office yang kini sering digunakpakai terutamanya pelajar sekolah dalam menyiapkan tugasan sekolah. Tidak malu untuk bertanya dan sentiasa mendapatkan bantuan pihak PI apabila menghadapi kemusykilan dalam menyiapkan tugasan. Kini, beliau mampu untuk menyiapkan kebanyakkan tugasan sekolah dengan usaha sendiri dan masih menyertai kelas-kelas ICT untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan ICT beliau.