Nama : Asmah Binti Misni

Umur : 36 tahun

Ahli : 2017


Latar Belakang

Puan Asmah Binti Misni berasal daripada Sabah. Beliau menetap di Kampung Kuala Sungga setelah berkahwin. Pada awalnya, perusahaan kerepek pisang ini dilakukan oleh kakak ipar beliau secara kecil-kecilan. Beliau telah mengambil alih perusahaan ini pada tahun 2013.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Perusahaan kerepek pisang ini dilakukan secara persendirian dibantu oleh suami Puan Asmah. Pada awalnya, kerepek pisang ini dijual di sekitar Kampung Kuala Sungga dimana beliau meletakkan kerepak yang sudah dibungkus di kedai-kedai makan dalam kuantiti yang kecil.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Penggunaan ICT dalam aspek promosi banyak membantu memperluaskan lagi kawasan penjualan kerepek pisang Puan Asmah. Penggunaan aplikasi Whatsapp banyak membantu beliau memperkenalkan kerepek pisang beliau. Pihak PI turut memperkenalkan Modul MyShop PI Dashboard sebagai salah satu medium promosi produk Puan Asmah. Hasilnya, tempahan untuk kerepek pisang beliau sentiasa ada malahan turut menjadi pilihan pelanggan untuk dijadikan cenderahati kepada tetamu majlis perkahwinan.