USAHAWAN KECIL : MAKANAN NASI BAJET
Nama : Nuraishah Binti Mokhtar Umur : 39 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Puan Nuraishah Mokhtar merupakan seorang surirumah yang berasal daripada Tampin, Negeri Sembilan. Beliau menetap di Kuala Sungga setelah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seramai 5 cahayamata. Sebagai seorang surirumah, masa yang ada serta kemahiran memasak yang sedia ada digunakan sebaik-baiknya dengan mencuba pelbagai masakan. Suami beliau yang merupakan pembekal telur ke beberapa tempat seperti kantin-kantin sekolah telah memberi peluang kepada Puan Nuraishah memulakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Makanan ringan seperti kacang-kacang dan kerepek-kerepek yang dibungkus menjadi permulaan perniagaan sehinggalah beliau berani memulakan penjualan nasi bajet. Antara menu yang disediakan adalah nasi ayam dan nasi beriani dengan permulaan di bawah nama M Enterprise.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Permulaan penjualan nasi bajet yang dilakukan dari rumah ini hanya bermula untuk permintaan jiran tetangga sahaja. Beliau yang menetap di kawasan perumahan taman memberi kemudahan pemasaran awal kepada umum mengenai kewujudan perkhidmatan penjualan nasi bajet beliau.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam perniagaan mampu membantu sesebuah perniagaan berkembang. Bagi Puan Nuraishah kewujudan teknologi ICT sedikit sebanyak membantu memperkenalkan perkhidmatan nasi bajetnya luar daripada kawasan taman perumahannya. Dengan promosi melalui Facebook, perkhidmatan nasi bajet beliau semakin mendapat sambutan dan masyarakat yang gemar akan nasi beriani mampu untuk dinikmati pada bila-bila masa dengan harga yang murah.
Gambar
salah satu perkhidmatan nasi bajet Pn Nuraishah iaitu nasi beriani