Tarikh : 21 Mac 2019 Masa : 9.30 am- 12.00 pm Tempat : Pusat Internet Kg. Kuala Sungga Peserta : 12 orang |
Tujuan
Memberi latihan kemahiran asas Microsoft word dan pengubahsuaian imej menggunakan Microsoft Word serta penerangan modul MyShop Dashboard Komuniti kepada usahawan dan peniaga kecil Tebong
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Peserta diminta untuk membuka aplikasi Microsoft Word dengan menekan butang start dan pilih program Microsoft Word daripada senarai ‘All program’
2. Peserta diperkenalkan dengan alatan untuk mengubahsuai imej seperti :
- Pengawal kecerahan
- Pengawal warna
- Artistic Effects
- Penggayaan gambar
- Kedudukan gambar
3. Peserta diminta memilih gambar untuk latihan pengubahsuaian gambar
4. Pengajar menunjukkan cara memasukkan gambar yang diingini peserta ke lambaran kerja Microsoft word.
5. Seterusnya, peserta di ajar cara untuk format gambar dengan memilih menu format dan seterusnya peserta boleh mengubah saiz gambar mengikut kesesuaian peserta.
6. Selain itu peserta diajar format gambar seperti kedudukan gambar dan pewarnaan gambar
7. Peserta kemudiannya di ajar cara untuk mencantikkan lagi gambar dengan format seperti ‘brightness’ dan ‘contrast’
8. Peserta juga diajar langkah-langkah untuk membuat bingkai gambar.
9. Pengajar menyuruh peserta menyimpan lambaran kerja dengan memilih menu File-Save.
10. Kelas diteruskan dengan Taklimat MyShop Dashboard Komuniti.
11. Petugas menerangkan fungsi serta faedah penggunaan aplikasi MyShop Dashboard Komuniti
12. Taklimat diteruskan dengan demo penggunaan aplikasi MyShop
13. Para peserta turut diberi peluang untuk menggunakan dan menilai aplikasi MyShop Dashboard Komuniti
Tarikh : 10 Januari 2019 Masa : 3.00 pm- 4.00 pm Tempat : Pusat Internet Kg. Kuala Sungga Peserta : 1 orang |
Tujuan
Memberi latihan asas pembuatan kertas kerja yang betul disamping meningkatkan kemahiran penyediaan kertas kerja.
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Peserta diberi penerangan mengenai kertas kerja
- tujuan sesuatu kertas kerja itu dibuat
- memperkenalkan comtoh-contoh kertas kerja
2. Pengajar turut memperkenalkan elemen-elemen yang perlu ada di dalam sesebuah proposal mngikut susunan yang betul
3. Kemudiannya, peserta diminta untuk membuka aplikasi Microsoft Word dengan menekan butang start dan pilih program Microsoft Word daripada senarai ‘All program’
4. Peserta memulakan penghasilan kerta kerja dengan bimbingan pengajar.
5. Setelah kertas kerja telah siap dihasilkan, pengajar menerangkan cara format tulisan serta perenggan
6. Pelajar dapat menguasai kelas serta menghasilkan kertas kerjal dengan baik
Tarikh : 13 September 2018 Masa : 10.30 am - 11.00 am Tempat : Dataran Ilmu Kuala Sungga Peserta : 10 orang Komuniti setempat |
Tujuan
Mempromosikan program Klik Dengan Bijak kepada komuniti dan manfaat program terhadap tahap kesedaran komuniti dalam menjalani kehidupan seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Sesi pengajaran dimulakan dengan penerangan mengenai Klik Dengan Bijak
2. Antara isi kandungan pengajaran adalah peranan MCMC, maksud Klik Dengan Bijak, fungsi Klik Dengan Bijak serta aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan berdasarkan Klik Dengan Bijak
3. Penolong pengurus menjalankan tanggungjawab mengedarkan risalah Klik Dengan Bijak bagi memberi panduan serta kefahaman yang lebih jelas isi kandungan taklimat yang disampaikan.
4. Pengurus menjalankan sesi soal jawab bersama komuniti untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada komuniti
Tarikh : 18 November 2018 Masa : 7.30 am - 12.00 pm Tempat : Pusat Internet Kuala Sungga Peserta : 79 orang komuniti setempat |
Tujuan
Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Eratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi, MPKK dan Ngo untuk mewujudkan komuniti sihat serta mesrta ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Senam Aerobik Digital : penggunaan saluran Youtube sebagai video dimana peserta mengikut pergerakan yang dilakukan dalam video youtube tersebut.
2. Taklimat Kesihatan ( Segitiga Kesihatan) oleh Forever Living Consultant : taklimat penjagaan kesihatan serta pengenalan kepada produk kesihatan Forever Living
3. Pertandingan CyberChef : pertandingan masakan sihat melalui saluran youtube.
4. Pemeriksaan Kesihatan : pemeriksaan tekanan darah, tahap gula dalam darah, mengukur berat dan tinggi serta BMI oleh Kospen Kuala Sungga serta penerangan mengenai kemudahan pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet melalui aplikasi MyHealth.
5. A Minute With Dashboard Komuniti : Sudut penerangan demo penggunaan Dashboard Komuniti serta pertandingan membuat slogan kesihatan melalui gambar yang dimuat naik ke MyKomuniti.
6. Pertandingan Mewarna Kesihatan : pertandinagn mewarna bertemakan kesihatan untuk kanak-kanak 7 tahun ke bawah di bawah kelolaan Perpustakaan Desa Kg.Kuala Sungga dan sumber lukisan di ambil daripada laman web
7. Pameran Produk Kesihatan : Forever Living
8. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Tarikh : 8 Ogos 2018 Masa : 3.00 pm - 5.00 am Tempat : PI Kg.Kuala Sungga Peserta : Wanita |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan teknologi grafik terkini dalam kerja-kerja rekabentuk dan penyuntingan imej dan grafik bagi menghasilkan poster, banner, brochure dan lain-lain
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Pengajar memberi penerangan awal mengenai fungsi-fungsi aplikasi Adobe Photoshop
2. Peserta diminta untuk mencari gambar yang bersesuaian daripada enjin carian
3. Pengajar menunjukkan cara untuk mengasingkan gambar yang daripada latar belakang asal menggunakan ‘Quick Selection Tool’
4. Gambar yang telah diasingkan kemudiannya dipindahkan ke latar belakang yang baru dengan penggunaan ‘Move Tool’.
5. Penggunaan menu transformation juga diperkenalkan untuk mengubah saiz gambar.
6. Seterusnya, peserta diajar cara menambah teks, ubahsuai teks supaya kelihatan menarik.
7. Pengajar menggalakan peserta untuk mencuba langkah-langkah yang telah diajar mengikut kreativiti sendiri
8. Peserta diminta untuk menyimpan hasil kerja yang dibuat dengan menekan butang ‘Save’