Tarikh : 21 Mac 2019

Masa : 9.30 am- 12.00 pm

Tempat : Pusat Internet Kg. Kuala Sungga

Peserta : 12 orang 

Tujuan

Memberi latihan kemahiran asas Microsoft word dan pengubahsuaian imej menggunakan Microsoft Word serta penerangan modul MyShop Dashboard Komuniti kepada usahawan dan peniaga kecil Tebong

Kaedah Pelaksanaan Aktiviti

1. Peserta diminta untuk membuka aplikasi Microsoft Word dengan menekan butang start dan pilih program Microsoft Word daripada senarai ‘All program’

2. Peserta diperkenalkan dengan alatan untuk mengubahsuai imej seperti :
- Pengawal kecerahan
- Pengawal warna
- Artistic Effects
- Penggayaan gambar
- Kedudukan gambar

3. Peserta diminta memilih gambar untuk latihan pengubahsuaian gambar

4. Pengajar menunjukkan cara memasukkan gambar yang diingini peserta ke lambaran kerja Microsoft word.

5. Seterusnya, peserta di ajar cara untuk format gambar dengan memilih menu format dan seterusnya peserta boleh mengubah saiz gambar mengikut kesesuaian peserta.

6. Selain itu peserta diajar format gambar seperti kedudukan gambar dan pewarnaan gambar

7. Peserta kemudiannya di ajar cara untuk mencantikkan lagi gambar dengan format seperti ‘brightness’ dan ‘contrast’

8. Peserta juga diajar langkah-langkah untuk membuat bingkai gambar.

9. Pengajar menyuruh peserta menyimpan lambaran kerja dengan memilih menu File-Save.

10. Kelas diteruskan dengan Taklimat MyShop Dashboard Komuniti.

11. Petugas menerangkan fungsi serta faedah penggunaan aplikasi MyShop Dashboard Komuniti

12. Taklimat diteruskan dengan demo penggunaan aplikasi MyShop

13. Para peserta turut diberi peluang untuk menggunakan dan menilai aplikasi MyShop Dashboard Komuniti

  1. Gambar