Tarikh : 22 Oktober 2017 Masa : 10.00 am - 12.00 pm Tempat : Bilik Latihan PI1M Kg.Kuala Sungga |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang peserta yang berminat dalam bidang keusahawanan. Tujuan diadakan kelas ini untuk memberikan latihan asas penggunaan excel.
Kaedah Pembelajaran
1. Penerangan asas cara-cara penggunaan Microsoft Excel
2. Pengenalan bar menu (Ribbon)
3. Memperkenalkan Quick Access Toolbar
4. Penggunaan alat formating, name box, formula box, tab illustration
5. Memperkenalkan cara-cara bekerja dan format sel, baris dan lajur
6. Menunjukkan cara membuat buku alamat
7. Diberi tugasan untuk melihat tahap penguasaan peserta
Tarikh : 20 September 2017 Masa : 10.00 am - 1.00 pm Tempat : Bilik Latihan PI1M Kg.Kuala Sungga |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh usahawan wanita yang juga merupakan seorang suri rumah di mana bertujuan untuk memberikan latihan penyediaan bahan untuk mempromosi perniagaan makanan bajet yang dilakukan secara kecil-kecilan.
Aktiviti
Penyediaan risalah melalui aplikasi Microsoft Word
Kaedah Pembelajaran
1. Penerangan asas tentang cara-cara membuat risalah
2. Menunjukkan contoh-contoh risalah perniagaan
3. Penggunaan Microsoft Word seperti cara menambah background,gambar,border serta cara format serta design untuk mempercantikkan risalah
4. Diberi tugasan untuk melihat tahap penguasaan peserta
Tarikh : 12 Julai 2017 Masa : 2.00 pm - 4.00 pm Tempat : Makmal Komputer SJKT Pekan Tebong |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 27 orang pelajar dari darjah 3 hingga darjah 6 bagi memberi pemahaman kepada pelajar akan keselamatan internet
Aktiviti
1. Taklimat Klik Dengan Bijak : Online Grooming
2. Tayangan Video Online Grooming
3. Sesi soal jawab untuk mengetahui tahap kefahaman peserta
4. Aktiviti KDB : Teka silang kata
Tarikh : 10 September 2017 Masa : 8.00 am - 12.00 pm Tempat : Dataran Ilmu Kuala Sungga |
Tujuan
Memperkenalkan modul-modul yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti serta mempromosi Pusat Internet 1Malaysia
Aktiviti
1. Taklimat Dashboard Komuniti
2. Download Apps Dashboard Komuniti
3. Promosi Pertandingan Dashboard Komuniti
4. Pendaftaran Ahli Baru PUsat Internet 1Malaysia
5. Pemeriksaan Kesihatan (tekanan darah)
Tarikh : 3 Julai 2017
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah bagi meningkatkan kemahiran aplikasi ICT dalam kehidupan disamping mencungkil bakat serta kreativiti peserta.
Aktiviti
Peserta yang terlibat diajar cara membuat slide animasi melalui Microsoft Powerpoint kemudiannya menjadikan sebuah video menggunakan aplikasi Movie Maker.
Kaedah pembelajaran
1. Penyediaan template oleh pengajar
2. Pencarian gambar latar belakang oleh peserta melalui enjin carian Google.
3. Penggunaan Microsoft Powerpoint
4. Menukar format dari slide persembahan ke format JPEG(gambar)
5. Penggunaan aplikasi movie maker untuk menghasilkan video animasi
6. Cara penyimpanan video yang telah siap ke format yang bersesuaian.
Gambar