Tarikh : 19 Julai 2024 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : Tabika Kemas Kg Kuala sungga Peserta : Murid Tabika kemas |
Tujuan
Petugas NADI Kg Kuala Sungga mengadakan kelas pengenalan kepada komponen asas komputer serta fungsinya. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan komponen asas komputer dan fungsi-fungsi komponen tersebut kepada Pelajar Tabika Kemas
Aktiviti
Antara aktiviti yang di adakan adalah mengenal pasti perkakasan komputer, menerokai komponen-komponen asas serta fungsi komponen pada komputer. Selain itu turut diadakan E-Learning matematik
Tarikh : 18 Jun 2024 Masa : 3.00pm - 5.00pm Tempat : NADI Kg Kuala Sungga Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Petugas NADI Kg Kuala Sungga mengadakan kuiz ICT untuk menguji pengetahuan am dan kreativiti pelajar sekolah rendah
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah Kuiz ICT tentang Ibadah Qorban dan mewarna poster
Tarikh : 5 Ogos 2023 Masa : 7.30 pagi - 11.30 pagi Tempat : Dataran JPKK Hutan Percha Peserta : JPKK Hutan Percha, Pusat Kesihatan Hutan Percha, SK Hutan Percha, PEDi Kg Kuala Sungga, PEDi Seri Pengkalan, PEDi Kg Kemus, PEDi Taman Tangga Batu Perdana, komuniti Hutan Percha |
Tujuan
Program ini merupakan inisiatif dari JPKK Hutan Percha dengan kerjasama komuniti setempat bagi menyemarakkan semangat merdeka disamping meggalakkan gaya hidup sihat. Menggunakan kesempatan yang ada, 4 PEDi iaitu PEDi Kg Kuala Sungga, PEDi Kg Kemus, PEDi Seri Pengkalan dan PEDi Taman Tangga Batu Perdana telah memperkenalkan peranan dan fungsi PEDi sekaligus mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
Aktiviti
1. Program dimulai dengan pendaftaran peserta
2. Seterusnya, acara senam aerobik yang dipimpin oleh Pusat Kesihatan Hutan Percha telah diadakan
3. Pelbagai booth telah dibuka seperti booth pemeriksaan kesihatan(periksa tekanan darah, tahap gula, BMI), booth kenali ubatan dan booth PEDi.
4. Program KITAR dan kuiz ICT merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh booth PEDi. Setelah mendaftar, peserta diberikan masa untuk menjawab kuiz atas talian berkaitan ICT dan pemenang diberikan hadiah. Aktiviti ini disertai oleh kanak kanak dan juga ibu bapa. Manakala bagi program KITAR, orang awam yang menyertai membawa barang eletronik yang telah rosak untuk dikitar semula.
5. Program ini dilanjutkan dengan persembahan silat dan diakhiri dengan penyerahan jalur gemilang kepada agensi setempat oleh YB Ngwe Hee Sem, ADUN Machap.
Tarikh : 19 Ogos 2023 Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg Tempat : Bilik Training PEDi Kg Kuala Sungga Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Program ini bertujuan bagi memperkenalkan Microsoft Excel kepada pelajar sekolah rendah serta menanam semangat patriotisme dengan penciptaan poster bertema kemederkaan.
Aktiviti
1. Program dimulai dengan pengenalan Microsoft Excel secara asas.
2. Pelajar diajar cara untuk menetapkan size slide yang sesuai untuk pembentukan poster.
3. Pelajar dikehendaki mencari bahan seperti gambar dan lagu melalui carian di Google.
4. Pelajar diajarkan pelbagai fungsi yang terdapat dalam Microsoft Excel seperti cara menetapkan warna slide, memasukkan gambar dan memasukkan bentuk.
5. Masa diberikan kepada pelajar untuk mereka bentuk poster bertema kemerdekaan dan pelajar dengan poster yang paling kreatif telah diberikan hadiah.
Tarikh : 24 Feb 2023 - 2 Mac 2023 Masa : 10.00pg - 5.00ptg Tempat : PEDi Kg Kuala Sungga Peserta : 7 Agensi |
Tujuan
Penyerahan aset PEDi kepada sekolah dan agensi adalah untuk menghapuskan lebihan aset PEDi. Aset PEDi diserahkan kepada sekolah-sekolah dan agensi boleh dimanfaatkan untuk kegunaan komuniti.
Aktiviti
Aset PEDi diserahkan kepada SK Tebong, SJKT Ladang Kemuning, SJKT Pekan Tebong, SJKC Khiak Yew Tebong, SMK Tebong, JPKK Kuala Sungga dan JPKK Kg Tebong Stesyen.