Tarikh : 5 Ogos 2023 Masa : 7.30 pagi - 11.30 pagi Tempat : Dataran JPKK Hutan Percha Peserta : JPKK Hutan Percha, Pusat Kesihatan Hutan Percha, SK Hutan Percha, PEDi Kg Kuala Sungga, PEDi Seri Pengkalan, PEDi Kg Kemus, PEDi Taman Tangga Batu Perdana, komuniti Hutan Percha |
Tujuan
Program ini merupakan inisiatif dari JPKK Hutan Percha dengan kerjasama komuniti setempat bagi menyemarakkan semangat merdeka disamping meggalakkan gaya hidup sihat. Menggunakan kesempatan yang ada, 4 PEDi iaitu PEDi Kg Kuala Sungga, PEDi Kg Kemus, PEDi Seri Pengkalan dan PEDi Taman Tangga Batu Perdana telah memperkenalkan peranan dan fungsi PEDi sekaligus mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
Aktiviti
1. Program dimulai dengan pendaftaran peserta
2. Seterusnya, acara senam aerobik yang dipimpin oleh Pusat Kesihatan Hutan Percha telah diadakan
3. Pelbagai booth telah dibuka seperti booth pemeriksaan kesihatan(periksa tekanan darah, tahap gula, BMI), booth kenali ubatan dan booth PEDi.
4. Program KITAR dan kuiz ICT merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh booth PEDi. Setelah mendaftar, peserta diberikan masa untuk menjawab kuiz atas talian berkaitan ICT dan pemenang diberikan hadiah. Aktiviti ini disertai oleh kanak kanak dan juga ibu bapa. Manakala bagi program KITAR, orang awam yang menyertai membawa barang eletronik yang telah rosak untuk dikitar semula.
5. Program ini dilanjutkan dengan persembahan silat dan diakhiri dengan penyerahan jalur gemilang kepada agensi setempat oleh YB Ngwe Hee Sem, ADUN Machap.