Tarikh : 24 Mac 2021 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Komuniti Kg. Kuala Sungga Peserta : 1 orang |
Tujuan
Memperkenalkan internet serta kegunaan internet dalam kehidupan seharian
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
- 1. Pengajar memulakan kelas dengan memperkenalkan internet serta fungsinya kepada peserta
- 2. Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan penggunaan internet
- 3. Pengajar meminta peserta membuka Google Chrome dan menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada tetingkap Google Chrome
- 4. Peserta kemudian diberi penerangan mengenai enjin carian Google
- 5. Peserta diminta untuk menaip maklumat yang ingin dicari di ruangan pencarian carian Google
- 6. Peserta juga diberi penerangan mengenai kemampuan internet untuk mencari dan menonton video yang diingini
- 7. Untuk bahagian video, peserta disarankan menggunakan Youtube kerana aplikasi tersebut adalah yang paling mudah dan popular digunakan di internet
- 8. Peserta diminta membuka halaman Youtube dan diberi penerangan mengenai cara-cara penggunaan Youtube
9. Pada pengakhiran kelas, sesi soal jawab antara pengajar dan peserta bagi mengukuhkan lagi pemahaman peserta