Tarikh : 16 Julai 2018 Masa : 9.00 am - 10.30 am Tempat : PI Kg.Kuala Sungga Peserta : Kanak-kanak dan Ibu Bapa Tadika KEMAS |
Tujuan
Menyampaikan dan memberi pemahaman kepada pelajar dan ibu bapa akan keselamatan internet
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Aktiviti ini dimulakan dengan sesi pengenalan kepada Klik Dengan Bijak oleh Pengurus PI Kg.Kuala Sungga, Mutasha Md Ruzan.
2. Sesi kelas diteruskan dengan topik-topik berhubungkait dengan keselamatan internet iaitu :
- Aduan dan maklumat palsu
- Teknologi dan anda
- Online grooming
3. Peserta diberi peluang untuk bertanya soalan untuk merungkai kemusykilan mereka.
4. Para peserta turut diperkenalkan dengan portal Sebenarnya untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu berita atau viral.
5. Di dalam aktiviti ini, topik mengenai Mobile E-Waste dan Check Your Label turut diajar kepada para pelajar dan ibu bapa untuk memberi kefahaman akan kempen yang dijalankan oleh pihak SKMM.
6. Aktiviti kelas diakhiri dengan aktiviti Kuiz Klik Dengan Bijak. Ibu bapa diminta untuk duduk di dalam satu barisan dan kanak-kanak Tabika KEMAS duduk sebaris berhadapan dengan ibu bapa mereka.
7. Ibu bapa diberi satu set soalan untuk dijawab dan anak-anak diminta untuk mencari kad jawapan yang disediakan berdasarkan petunjuk berbentuk gambar.