Pekan Kuala Sungga tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan. Biarpun terletak di kawasan pinggir bandar, aspek pendidikan tidak diabaikan oleh kerajaan dengan mewujudkan beberapa sekolah bermula di peringkat asas hingga ke peringkat pertengahan.
Pekan Kuala Sungga juga merupakan satu-satunya kawasan di dalam DUN Machap yang mempunyai sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Menengah khas Bermasalah Pembelajaran.
Selain itu, terdapat juga beberapa sekolah rendah kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Rendah Agama JAIM berhampiran Pekan Kuala Sungga seperti di Tebong Stesen dan Kemuning.
Antara sekolah yang terdapat di Pekan Kuala Sungga adalah seperti berikut:

 

 

PERINGKAT SEKOLAH JUMLAH NAMA SEKOLAH
Tabika 1 Tabika Kemas
Pra Sekolah 3

SK Tebong

SJK (T) Pekan Tebong

SJK (T) Ladang Kemuning H/D

SJK (T)  2

SJK (T) Pekan Tebong

SJK (T) Ladang Kemuning H/D

SRJK (C) 1 SRJK (C) Khiak Yew
SRA Jaim 1 SRA Jaim Tebong
SRK 1 SK Tebong
Sekolah Menengah 1 SMK TebongSelain itu terdapat beberapa sekolah yang berhampiran dengan Kuala Sungga iaitu  Tabika Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kampung Orang Asli Machap yang ditubuhkan pada tahun 2000, SJK (C) Machap Baru yang dirubuhkan pada 1 Januari 1950 dan SJK(C) Machap Umboo yang ditubuhkan pada 31 Disember 1977.

 

Selain itu terdapat beberapa sekolah yang berhampiran dengan Kuala Sungga iaitu  Tabika Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kampung Orang Asli Machap yang ditubuhkan pada tahun 2000, SJK (C) Machap Baru yang dirubuhkan pada 1 Januari 1950 dan SJK(C) Machap Umboo yang ditubuhkan pada 31 Disember 1977.

 

TABIKA KEMAS

  • Ditubuhkan pada tahun 1980

  •  Pada tahun 2006 ianya telah dipindahkan ke bangunan baru yg terletak di dataran Kuala Sungga

  • Mempunyai seorang guru serta seorang pembantu
    Guru : Nur Yasmin bt Senin
    Pembantu : Mastura bt Kling

  • Mempunyai 16 org murid.
    8 org lelaki dan 8 org perempuan

 

SK TEBONG

  • Merupakan sekolah pertama di kawasan Tebong

  • Pada tahun 1930 kerajaan meluluskan pembinaan sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru di atas tanah seluas lima ekar bagi menampung murid seramai 20 orang
  • Kini SK Tebong mempunyai 6 buah bangunan kekal
  • Mempunyai 18 tenaga pendidik serta dibantu 2 org pembantu am rendah, dan seorang pembantu Pra
  • Jumlah murid SK Tebong pula seramai 139 orang meliputi 4 bangsa iaitu Melayu, India, Cina dan Kaum Asli

 

SRA JAIM TEBONG

 

SJK(T) PEKAN TEBONG

  • Ditubuhkan pada 1 January 1976

 

SJK(T) LADANG KEMUNING HD

  • Pada mulanya dikenali dengan nama Sekolah Tamil Ladang Tebalang
  • Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1946
  • Merupakan bangunan Sekolah Tamil dua tingkat yang pertama didirikan di Negeri Melaka
  • Guru Besar : Cik Theivamary a/p K.Masamani
  • Mempunyai 12 orang guru iaitu 3 orang lelaki dan 9 orang perempuan
  • Jumlah murid pula seramai 50 orang dimana murid lelaki seramai 30 orang dan murid perempuan seramai 20 orang

 

SJK(C) KHIAK YEW

  • Ditubuhkan pada tahun 1935
  • Guru Besar : Lim Eng Kian
  • Tenaga pendididik seramai 13 orang
  • Mempunyai 67 org murid dimana 25 org murid daripadanya adalah murid beragama Islam

 

SMK TEBONG

  • Mula beroperasi pada 1 Disember 1995 dengan jumlah pelajar seramai 150 orang
  • Pengetua : En. Kamalrudin Bin Jantan
  • Mempunyai 395 pelajar dimana pelajar perempuan seramai 192 orang dan pelajar lelaki seramai 201 orang
  • 42 orang guru ditugaskan untuk mendidik pelajar-pelajar di SMK Tebong ini