Nama : Zalina Binti Mahat

Umur : 52 tahun

Ahli : 2016


Latar Belakang

Puan Zalina Binti Mahat menetap di Taman Kejora Tebong merupakan anak kelahiran mukim Gemencheh Negeri Sembilan. Beliau merupakan bekas pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Tebong dan kini bekerja sendiri sepenuh masa dengan mengambil tempahan makanan untuk majlis-majlis keraian. Hasil air tangan Puan Zalina terutamanya rendang maman amat digemari serta mendapat tempat dihati semua yang telah merasai keenakkannya.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Walaupun kewujudan internet telah lama ada tetapi Puan Zalina hanya menggunakan kemudahan yang ada untuk melayari Facebook dan untuk kegunaan perhubungan seperti aplikasi Whatsapp.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan adanya PI Kg.Kuala Sungga, Puan Zalina Mahat diperkenalkan dengan kemudahan media sosial yang mampu mempromosikan rendang maman beliau. Puan Zalina turut mempromosikan rendang maman di Myshop Dashboard Komunti Pusat Internet setelah beliau mengikuti kelas keusahawanan anjuran Pusat Internet Kg.Kuala Sungga. Kini Puan Zalina mampu memuatnaik gambar-gambar hasil masakan beliau dan servis beliau dikenali bukan sahaja di dalam kampung malah di luar kawasan kampung