Nama : Pn Jamilah Binti Rahmat Ali

Umur : 47 Tahun

Taraf Pendidikan : Sekolah Menengah

Pekerjaan : Suri Rumah

Pn Jamilah merupakan seorang surirumah yang membantu membersihkan kawasan balairaya Kampung Kuala Sungga dimana terletaknya Pusat Internet. Beliau mempunyai pendapatan sampingan menjual minyak wangi yang dikenali sebagai Minyak Kasturi secara kecil-kecilan. Beliau mendapat bekalan Minyak Kasturi melalui anak menantunya yang berada di Kedah dimana proses penghasilan minyak tersebut dijalankan di situ.

Pada permulaan pembukaan Pusat Internet, Pn. Jamilah berpendapat Pusat Internet sama seperti Cyber cafe yang menyediakan perkhidmatan penggunaan Internet. Melalui promosi yang dilakukan oleh pihak Pusat Internet, Pn. Jamilah sedikit sebanyak memahami kelebihan yang boleh diperolehi dengan penggunaan perkhidmatan di Pusat Internet dalam memperkembangkan perniagaannya.
Pn. Jamilah mula menghadiri kelas-kelas asas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet seperti kelas pengenalan perniagaan atas talian, penggunaan Facebook dan asas pembinaan blog.

Usaha beliau turut disokong oleh keluarga dimana anak-anak beliau turut membantu menyelenggara Facebook dan blog perniagaan beliau.
Beliau juga sentiasa tidak jemu bertanya dengan pihak Pusat Internet apabila menghadapi kemusykilan.
Beliau yakin perniagaan beliau mampu diperkembangkan dengan adanya bantuan Internet