Tarikh : 4 Oktober 2020 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kg. Kuala Sungga Peserta : 2 orang |
Tujuan
Memberi panduan serta latihan kemahiran penggunaan Microsoft Excel
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Peserta yang menghadiri kelas Microsoft Excel ini merupakan usahawan yang menggunakan medium perniagaan atas talian Shopee dan peserta pertandingan ushawan online 2020
2. Untuk permulaan kelas, peserta diberi penerangan akan fungsi serta kelebihan penggunaan Microsoft Excel
3. Seterusnya, peserta diberi penerangan mengenai format rekod jualan yang telah disediakan untuk merekodkan jualan produk melalui Shopee
4. Peserta kemudian diminta untuk membuka rekod jualan Microsoft excel yang telah disediakan di komputer peserta
5. Dengan bimbingan pengajar,peserta diminta mengisi harga jualan, harga modal produk, jumlah stok yang ada, jumlah produk yang telah terjual dan pertambahan stok produk berdasarkan jualan di akaun Shopee masing-masing
6. Setelah selesai mengisi, peserta diminta untuk memuat turun invois jualan sebagai bukti penjualan di Shopee
7. Di akhir kelas, rekod jualan Excel serta invois jualan dicetak untuk dihantar ke seketriat pertandingan usahawan online 2020