Tarikh : 11 Mac 2020 Masa : 3.00 pm - 5.00 pm Tempat : Pusat Internet Kg. Kuala Sungga Peserta : 2 orang |
Tujuan
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu-ilmu keusahawan kepada usahawan-usahawan tempatan
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1.Aktiviti ini dijalankan bagi memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai kemahiran keusahawanan serta dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara peserta dan pengajar
2. Antara topik yang diberi penekanan adalah :
- Teknik dan kemahiran mencari peluang
- Kemahiran mengambil risiko
- Kemahiran mencari sumber perniagaan
- Kemahiran komunikasi dalam perniagaan
- Kemahiran membentuk jaringan
- Kejurujualan
3. Pengajar menggalakkan peserta untuk membuat pertanyaan jika terdapat kemusykilan untuk meguatkan lagi pemahaman peserta
4. Aktiviti ini berakhir dengan sesi penilaian hasil perbincangan bersama akan kebaikkan aktiviti ini kepada perusahaan peserta