Tarikh : 10 Mac 2020 Masa : 2.00 pm - 4.00 pm Tempat : Pusat Internet Kg. Kuala Sungga Peserta : 30 orang |
Tujuan
Memberi latihan asas penggunaan Microsoft Word bagi tujuan penyediaan folio
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Pengajar meminta peserta membuka dokumen baru, Start-All Program-Microsoft Office-Microsoft Word.
2. Sebagai permulaan pengajar menerangkan susun atur yang perlu ada dalam folio.
- Isi Kandungan
- Penghargaan
- Maklumat Am
- Sinopsis
- Maklumat
- Rumusan
- Rujukan
3. Peserta memulakan penghasilan folio dengan bantuan pengajar
4. Peserta juga di ajar untuk mencari bahan seperti maklumat dan gambar melalui carian enjin Google
5. Pengajar meminta peserta membaca maklumat yang terpapar dengan teliti dan memilih maklumat yang berguna sahaja supaya artikel tidak menjadi terlalu panjang
6. Maklumat kemudian disalinkan ke aplikasi Microsoft Word dan format tulisan serta perenggan artikel diperbetulkan
7. Setelah selesai format tulisan, peserta diberi tunjuk ajar untuk memasukkan gambar serta merekabentuk folio dengan elemen hiasan seperti hiasan bingkai untuk memperkemaskan lagi folio mereka
8. Pengajar meminta peserta menyimpan kerja yang telah siap dengan klik butang Home-Save