Nama Aktiviti :
Kelas Keusahawanan (Asas Microsoft Excel)
Tarikh :
5 Januari 2016
Masa :
10.00 am - 12.00 pm
Kebaikan/kelebihan aktiviti :
Membantu meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft excel untuk tujuan peyediaan lembaran kewangan serta memperkenalkan komputer sebagai salah satu medium penyelesaian kerja yang pantas
Cara Pelaksanaan :
Peserta diminta untuk membuka aplikasi Microsoft Excel dengan menekan butang start dan pilih program Microsoft Excel daripada senarai ‘All program’. Pengajar menerangkan mengenai lambaran kerja (Sheet). Sebagai asas pengenalan Microsoft Excel, pengajar mengajar serta menunjukkan cara bagaimana untuk memilih (Select), menamakan semula (Rename),memasukkan (Insert), memindah (Move), memadam (Delete), menyalin (Copy) serta menampal (Paste) di lambaran kerja Excel. Seterusnya, pengajar meminta peserta membuka buku kerja excel yang telah disimpan oleh pengajar melalui menu File – Recent dimana ia menyimpan senarai buku kerja yang telah digunakan sebelum ini. Peserta membuka buku kerja excel serta mengikuti arahan pengajar. Pengajar menguji peserta dengan menyuruh peserta mengaplikasikasikan pembelajaran yang telah diajar oleh pengajar. Peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik serta memahami apa yang telah dipelajari. Sebagai pengakhiran peserta diarah menyimpan buku kerja Excel dengan memilih menu File-Save.